Jitra Mall sudah ada autopay machine lahh.


Tadi lepas beli teket ke Kajang ingat nak pergi kedai photostate tapi tak buka, dah alang-alang keluar aku melencong pergi Aneka, Jitra Mall. Saja gedik-gedik nak perabeh duit mak bapak. Hehee. Lepas shopping satu dua barang nak balik sebab kalau lama-lama kat situ kang habis duit aku blasah. Time nak bayar tu as usual aku pergi dekat kaunter pembayaran. Dari jauh aku dah nampak dia tulis 'SILA BAYAR TIKET PARKING DI AUTOPAY MACHINE DI RUANG LIF'. Haa. Lebih kurang macam tu la ayat dia aku pun tak hafal, tak dak maknanya nak hapai.

Ingat nak tangkap gambar nak post dekat blog pasal Aneka nih dah maju tapi tak sempat, tetiba je ramai orang serbu lif. Tadi bukan main sorang pun takdak, elok aku bukak camera henpon je terus ramai. Haishh. Jeles betul. Dah sampai turn aku, gelabah kot tak pernah guna benda alah nih. Relex. Relex. Buat muka selamba. Cool. Cucuk teket, tak masuk. Tebalikkan tiket pula, pun tak masuk. Haishh. Gelabah dah kot time tu.

Tetiba ada suara cakap 'Betul la tuu'. Abang Aneka cakap, aku bagi tau dia kata aku tak reti guna, dia pon tolong aku cucukkan tiket tu. Pusing-pusing pun tak masuk. Then... 'Laa. Ni ha tempat buh teket, yang ni tempat duit'. Ciss. malu kott. Aku pi cucuk kat tempat buh duit. Mana la machine tu nak terima. Ngok ngek betul. Tapi tak pe. Aku tak reti guna. Tak le malu. Yang abang Aneka tu ingatkan reti, yakin je cucuk tempat buh duit gak, gaya dia tadi cam reti je. Ciss. Nasib baik tak ramai orang. Autopay maching dah wujud kat Aneka, Aneka dah maju! Gamaknya lama dah la ye aku tak shopping kat aneka nih sampai tetiba wujud machine autupay.


Punya terang lagu bersuluh tulis 'Ticket', aku gagah gak nak jolok tiket dekat bahagian bubuh duit dalam bulatan bawah tu. Biasalah orang kampung. Mana reti guna mesin canggih-canggih camni. <- Nak cover malu. Hahaa.


2 ulasan:

sayanakhiburan berkata...

Laa... Orang jitra ka?? Samala... Sekolah man dulu?

Lagu Baby Versi Malaysia

pOlkadOnut berkata...

ha'a.. orang jitra. hehee. skolah rendah ke menegah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...