lama tak update blog. dah rasa malas nak update.


entry paling pendek penah aku post. I guess. ^_^

Kfc or Pizza ?



Sehari sebelum bertolak pergi Kajang teringin rasa nak makan KFC sebab puasa ganti hari tu. Kalau dah puasa tu faham-faham laa. Semua teringin nak makan. Sebenarnya nak makan pizza, tapi jimat duit. Hehee. On the way balik rumah dari kuliah dah terbayang-bayang KFC. Yummy! Hehee. Lepas sembahyang Maghrib terus berangkat ke KFC. Before that confius nak pegi KFC dekat Bank Islam or dekat Yawata. Sebab nak pemandangan yang cantik so pergi la KFC yang dekat Yawata. As usual I order Xmeal sebab I rasa yang tu je paling menjimatkan duit I. Hehee.

Pilih port kat tepi tingkap, sebab boleh nampak ragam pemandu jalan raya plus boleh menikmati pemandangan Jitra malam-malam nih. Tengah sedap makan tetiba makcik sebelah bising anak dia hilang. Puas dia cari satu KFC tu tak jumpa-jumpa. Yang hubby dia relex je and cakap 'ada la tu, ada la tu.' sambil sedap melayan ayam KFC. Si mak cik nih geram sebab anak dia hilang, hubby dia pun wat relex je. Si pak cik ni pun dengan slumbernya pi cari anak dia. Rupa-rupanya anak dia dekat kereta dah.  Si mak cik nih dapat taw camtu trus berang marah-marah tak pikir orang sekeliling dah. Macam-macam la mak cik nih cakap. Sampai nangis budak tu. Jangan kata budak tu takut, I pun dengar mak cik tu marah asa takut sampai nak makan pun terbantut. Menakutkan. Seyess. Tapi aku respek pak cik tu sebab sikit pun tak marah. Melayan je karenah anak dia tu.

Lepas je family tu blah, KFC blackout dalam 5 minit camtu la. Gila kot tak pernah lagi makan restoran beraircond blackout. Nasib baik kejap je. Romantik pun ada.Huhuu.

. sebelum blackout .

Jitra Mall sudah ada autopay machine lahh.


Tadi lepas beli teket ke Kajang ingat nak pergi kedai photostate tapi tak buka, dah alang-alang keluar aku melencong pergi Aneka, Jitra Mall. Saja gedik-gedik nak perabeh duit mak bapak. Hehee. Lepas shopping satu dua barang nak balik sebab kalau lama-lama kat situ kang habis duit aku blasah. Time nak bayar tu as usual aku pergi dekat kaunter pembayaran. Dari jauh aku dah nampak dia tulis 'SILA BAYAR TIKET PARKING DI AUTOPAY MACHINE DI RUANG LIF'. Haa. Lebih kurang macam tu la ayat dia aku pun tak hafal, tak dak maknanya nak hapai.

Ingat nak tangkap gambar nak post dekat blog pasal Aneka nih dah maju tapi tak sempat, tetiba je ramai orang serbu lif. Tadi bukan main sorang pun takdak, elok aku bukak camera henpon je terus ramai. Haishh. Jeles betul. Dah sampai turn aku, gelabah kot tak pernah guna benda alah nih. Relex. Relex. Buat muka selamba. Cool. Cucuk teket, tak masuk. Tebalikkan tiket pula, pun tak masuk. Haishh. Gelabah dah kot time tu.

Tetiba ada suara cakap 'Betul la tuu'. Abang Aneka cakap, aku bagi tau dia kata aku tak reti guna, dia pon tolong aku cucukkan tiket tu. Pusing-pusing pun tak masuk. Then... 'Laa. Ni ha tempat buh teket, yang ni tempat duit'. Ciss. malu kott. Aku pi cucuk kat tempat buh duit. Mana la machine tu nak terima. Ngok ngek betul. Tapi tak pe. Aku tak reti guna. Tak le malu. Yang abang Aneka tu ingatkan reti, yakin je cucuk tempat buh duit gak, gaya dia tadi cam reti je. Ciss. Nasib baik tak ramai orang. Autopay maching dah wujud kat Aneka, Aneka dah maju! Gamaknya lama dah la ye aku tak shopping kat aneka nih sampai tetiba wujud machine autupay.


Punya terang lagu bersuluh tulis 'Ticket', aku gagah gak nak jolok tiket dekat bahagian bubuh duit dalam bulatan bawah tu. Biasalah orang kampung. Mana reti guna mesin canggih-canggih camni. <- Nak cover malu. Hahaa.


Akibat cuppucino


Malam semalam family I datang amik I dekat U sebab my mama nak guna kereta nak pergi kerja besoknya. Haritu tak jadi sevice kereta, tetiba malam tu mama call and asked jadi balik tak. Then I cakap kata kalo jadi pun besok laa. Pastu mama cakap, balik la abah suruh balik, esok mama nak guna kereta pergi kerja. Ok, tadi tanya, sekarang suruh balik pulak, baik tak payah tanya tadi. Hehee. So I pun dengan kelam kabutnya berkemas segala barang yang patut nak bawak balik.

Sampainya mereka di kolej kediaman tersebut abah ajak makan. Aku dah la tak tau mana tempat makan yang best kat Perlis nih. Abah suh bawa je mana-mana selalu aku pergi and suh aku drive dulu. Aku tak nak drive dulu kang balik mesti kena marah sebab drive laju-laju. I like drive laaju-laju! Bestt! Hehee. Pikir punya pikir aku terpikir nak ajak mereka makan kat satu cafe ni. Tempat tu memang cantik. First time aku pergi pun dah tertarik. Romantik kot tmpat tu. Cayang tunggu taw nanti I ajak U makan kat situ. Tapi, alaa. Bukak malam je. U seronok la tu dapat jimat duit U belanja I makan western food.


Contest jom tutup mulut.

OK tak tipu ini la first contest yang aku join dekat blog. Sebelum nih seriously aku tak penah join apa-apa contest pun. Hehee. Thanx to nard coz tag i to da contest. tengkiuu. ^_^


Syarat-syaratnya simple ajaa..
  1. Perlu menjadi followers to the owner of that blog.
  2. Wajib letakkan gambar diatas berserta link ke blognya.
  3. Upload lah 1 gambar.
  4. Tag lah 2 orang kawan anda.
  5. Tinggalkan link anda ke ruang comment entry beliau.

Aku nak hadiah 1st. Gila perasan konon menang. Hahaa. Klik pic atas untuk pergi ke blog ownernya yang comey. Sebenarnya I terbaca pasal I ditag ke contest dekat U, so tak bule nak buat entry and minggu ni memang buzy gila. Nak snap picture pun tak sempat. Kebetulan Hari Khamis free sikit. so bergedik la snap sana sini. Mula-mula kena perli dengan kawan. Last-last dia lak yang semangat suruh posing itu ini. Hehee. Sosah juga nak pilih 1 terbaik antara 7 gambar. Penat merenung tak tau mana satu nak pilih, lastly i choose this one. Hopefully this is lucky pic. Hehee.


Jadi followers sudah. Letak gambar pun sudah. Oh ya, I nak tag both of this girl :


Ok I nak pergi tinggalkan link I dekat blognya sekarang juga.. Silakan join ini contest. ^_^

Thank You Followers !

Kenapa ye saya buat entry macam ni? Sebab.. Sedar tak sedar followers saya dah sebanyak 69 orang. Elehh. Takat 69, aku lagi ramai, beribu-ribu lebih kott. Tak bising and kepoh-kepoh macam kau pun. Ok. Itu kamu. Tapi saya rasa terharu sangat-sangat sebab semakin hari semakin bertambah followers.  Saya tak kisah apa anda semua mau kata pada saya janji saya mau kata bahawasanya saya ingin kata.. Terima kasih followers ku! Kenapa saya rasa berterima kasih sampai saya buat entry? Sebab..


  1. Mestilah sebab followers makin bertambah. Saya suka!
  2. Saya suka berkawan. Kawan semakin bertambah. Saya suka!
  3. Ada juga orang sudi follow and kunjung blog saya even tak penah baca entry (kalo ada). Saya suka!
  4. Saya rasa saya wujud di dunia blog ini. Saya suka!
  5. Iklan pun dah bermacam rupa dah. Saya suka!
  6. Saya rasa terharu kerana anda suma sudi jadi followers saya!

ini untuk anda semua ...


rajin-rajin la klik nuffnang i. wuuu. ^_^

couple ? whatt! no lahh.


Semalam on the way nak pergi rumah tok singgah jap kat pasaraya Aneka aka Jitra Mall mean if dekat Jitra tu tempat lepak paling best and paling gahnya Aneka laa. Jitra bukan macam KL yuu. Satu-satunya nak cari tempat tengok wayang, main bowling, main snooker, shopping baju made in thailand, foodcourt tu semua ada laa kat Aneka ni. Cuma Mc'd je tak wujud-wujud lagi. penat aku menunnggunya ingatkan nak le buat Mc'd upanya KFC gak dia nak buat. Haii. Apa ke tak cukup KFC sebuah je kat Jitra. Boringg.

Tujuan asal singgah sebab nak beli ink printer. Tesangkut la plak dekat kedai henpon. Sebab naik je escalator terus nampak kedai henpon. Dah alang-alang pi kedai dengan abang and kebetulan nak cari henpon baru so ajak la dia gi nengok. dia nih terer kit pasal henpon nih. So then sembang-sembang dengan tokei, tanya itu, tanya ini, pegang-pegang henpon mahal, tak boleh beli pegang pun jadi laa. Tengah sedap duk belek-belek henpon tetiba..

Jangan buat orang tertunggu-tunggu.


Sedih laa. Dah la kena bangun awal. Tido gila tak cukup dua tiga hari nih. Gagah perkasa dengan paksanya bangun pegi kelas sebab tak mahu miss kelas and tak mahu ada kosong kat attendend. Tapi ceni yang aku dapat. Dua kali dah kottt. Dah la tak dapat pegi konvo tunang. Huk. Huk. Huk. Kenapa lecturer suka wat macam ni. Kalau tak da kelas kata la tak ada. Nih tak. Biar je orang tunggu dia tak muncul-muncul. Sebabkan tak mahu tinggalkan kelas la aku tak pegi konvo. Kalau tau ceni jadinya baik aku g je konvo tu. Geram I !


Anis wonka. Anis and the choclate factory. J

Menu : Sambal kicap


Haritu rommate I ajak makan ubi goreng. Pastu dia bawak keluar la satu bekas nih dari peti smpanan dia yang penuh dengan stok makanan tu. Tengok lable macam mayonis tapi kale hitam. I tanya dia ‘apa tu?’. Dia cakap ‘ni sambal kicap. Jom kita makan ubi cicah sambal kicap ni. Sedap. Meh laa’. Dengar je sambal kicap terus teruja nak makan sebab dah lama tak makan cicah sambal kicap nih. Last and first time makan pun time poly dulu. Time tu sibuk buat projek structure sempat la beli makan petang. Dah pegi rumah orang, siap suh ajar n tiru lagi takkan tak bagi pape tu balas jasa dia tu kan. So beli la pape dekat simpang taman tu. Mula-mula rasa pelik juga sebab tak pernah nampak sebelum ni orang makan pisang goreng dengan sambal kicap. Sedap taw makan petang goreng pisang cicah sambal kicap, air tea ‘o’ panas, tengok cerita Nenek Kebaya, time tu cerita ni fames lagi pastu dengan tiru kerja lagi. Memang best la. Tapi tak dapat A pun. Dapat cukup-cukup makan je. Tu laa. Tiru lagi. Kan tak berkat. Hehee. Ok tak nak cakap banyak. Ni menunya. Simple je. Dapat dari roomate ye. Maceh roomate!


Bahan-bahan :
  • Cili padi
  • Bawang putih
  •  Air
  •  Gula
  • Kicap
  • Sos cili


Macam ni ke perangai pendidik ?


Semalam aku kena present pasal PBL (Problem Based Learning) memang best laa. Sampai rasa macam nak berhenti ja. Kenapa? Sebab aku kena hentam,perli, ‘hina’ and macam-macam lagi la kalo aku explain pon xsempat nak bercerita main pointnya. Maybe bagi orang lain itu standard la as a student. Over betul minah nih. Tapi bagi aku tak! Aku rasa macam dihina je dengan gelak ketawa sindiran dari lecturer tu. Memang best la depa gelak kat aku tapi aku tak! Malu ok! Macam ni ke lecturer? Bukan nak bagi smangat kat student. My Encik cakap ‘Biar je la, orang tak reti jaga perasaan orang lain. Macam tu laa. Jangan la sampai berhenti. Abaikan je depa tu’. Ok. Tapi tak boleh laa! Malu kott! Hemphh!
Lepas kejadian semalam terus aku teringat ...

Kenduri sana kenduri sini.



Bila time skolah mesti belambak, berderet-deret and tersusun rapi list kenduri sampai tak termakan. Kadan-kadang ada je yang tak terpegi sebab terlupa nak buh dalam list. Paling banyk penah aku pegi 5 event dalam sehari. Oh wow. Oh yes, tak tipu.  Kang kalo tak makan kecik ati tuan rumah. So mahu tak mahu makan la dua butir nasik plus daging seketul. Eh tak. Tipu je. Makan la bubur ke, laksa ke kan. Laksa sedap juga faveret kott kalo maleh nak makan nasi.  Abis lekeh pun makan la desert. At least makan gak pisang seketul, tembikai separuh kan. Tuan rumah pun perasan kita datang tunjuk muka so that dia tau kita dah datang and makan. ‘Eh, dah sudah ke? Cepatnya, tambah la lagi. Jangan malu-malu.’ Kata tuan rumah. Kita pun kata ‘Eh takpe-takpe. Dah kenyang. Ada lagi nih kenduri nak p’. Haa. Jaga la hati skett. Tak gitu. Hehee. Amaran .:Jangan tiru aksi ini di kenduri. Trimas:.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...