comel juga Angry Bird ni ..


Sangat lama tak update blog ye sebab taktau nak tulis apa maklum la sepanjang cuti ni takdak pengalaman yang best pun yang nak dikongsi sebab duk rumah je memanjang kheja pun dak pemalaih sungguh. Ngeee.

Berdasarkan tajuk diatas, macam nak buat karangan la pulak. Nak cita pe tah lama ngat tak mengarang dah taktau nak tulih padia. Kalo cakap bule la macam-macam nak cakap merapu meraban tapi kalau tulis je letak tangan atas keyboard terus semua idea hilang.

Umm haa. Tau kan Angry Bird? Alaa. Burung yang ada macam kale terbang sebab lastik and takdak kaki tuu. Kalau taktau tipu laa. Hehehehee. Sebenarnya tak bopa minat pun Angry Bird nih. Dah boring dah sebab main game dia tak penah lepas-lepas asik sangkut jaa. Tapi malam tadi abang saya balik and bawa balik Angry Bird. Dia cakap dengan exitednya, "Abang beli Angry Bird.. Besaq.. Comey.. Ada dalam keta satgi abang amik." dan saya cakap "Ok" dengan takdak semangatnya sebab ngatkn pedia yang best sangat dari riak muka keterujaan dia tu.

TAPI...

Bila dah jumpa, pegang, usha, belek, alahaiiii. comeyyynyaaa! SERIUS! tengok nihh..


comelkan diaa. ^_^

kenapa saya senyum nih.

Haa. patotnya ceni kan namanya angry bird. :D

Sayangnya anda tidak hidup. Kalaulah anda hidup dah lama saya bela anda. Anda sangat cumel! ^_^

Oh ya btw, abang cakap Angry Bird nih baru lagi kuar. Tokei tu cakap nak test market. So sapa nak cepat le cari kat Penang sebab tempat lain saya taktau dah kuar ke belom and sebab saya cuma tau abang beli kat Penang, kedai mana saya taktau. ^_^

Nak selit gak cikit. Sila telengkan kepala anda kalo mau nonton. ^_^

kualiti sangat teruk. henpon murahh. :D

~ makacihh ~

Mereka ketawakan saya...


On the way nak pergi pejabat abah nak ambil durian yang dia order...

Mama : Mad tak balik ke?
Aku : Tak balik. Dia keja laa.
Adik : Dia keja wat pa? (pe jenis soalan la dia ni tanya)
Mama : Keja la dah cuti-cuti ni. Dia bawak bekal tak? hahahaha. Haritu mak dia cakap dia pi kerja bawa bekal. Anak mak...
(satu kereta gelak dekat dia, aku nak bela dia pun tak jadi sebab tergelak ayat mama tu.. )
Mama : Tak tau la nanti dia nak bawa bekal pe laa.
Aku : Bawa nasik telur goreng buh kicap dah laa. Susah pe. Hahaa.
Abah : Haa. Tu tak pa lagi, yang abah takut nanti balik apa pun takdak.
Mama : Kerja tidoq ja sampai tengah hari. Kalau kerja tak pa lagi ni tak kerja. Tidoq memanjang.
Abah : Ha tu laa. Kheja tidoq ja dia.
(depa suma gelak kat saya! :[ )


Ok, gelak la kat orang. Takpa takpa. Cayang tunggu tau. Nanti orang belajaq masak, orang bagi dia bawak bekal makanan mewah-mewah. Haa. Tunggu laaa.


sweety pie


Seronok kalau ada kebun sendiri dapat makan buah free.


Starting with me. Pelakon utama ni dah lama tak pergi kebun since sekolah rendah dan baru-baru ni dia pergi kebun dengan dua orang mak cik ngan tok dia.

Ini tok. Pakai boot bawa parang.

Mak Lang ajak lalu jalan shortcut, terpaksa la redah pagar berduri. Sian tok, nasib baik tak terkoyak kain tok tu. Sebenarnya taktau jalan, redah je. Nasib baik sampai gak.

Masa kecik-kecik lepak kat pondok ni bila pi kebun tapi sekarang tangga pun dah hilang walaupun dah diikat ketat-ketat dan sekarang dah jadi bungalow anai-anai.

Mak Njang korek buah durian tapi tak dak pe sebab tupai dah tebuk dulu sebelum buah jatuh tu pasal takdak pe dalam tu katanya. Ada 5 biji kat satu pokok durian tu tapi semua dah rosak kena tebuk.

Tok pun bertungkus lumus korek dan korek buah durian.

Dan dia dapat buah tapi paitt.

 Sungai dan titi ke kebun still maintain macam dulu. Dulu banyak ikan, selalu tangkap ikan kat sini tapi sekarang tak perasan pula ada ke tak. Eh, sungai ke ni?


Ini Mak Lang saya dan sebelahnya tu yang ada daun kering tu namanya daun palas, daun ni la orang guna buat ketupat.

Tau tak ni apadia? Kalau taktau, ni la getah namanya ye kawan-kawan.

Pergi kebun memang best sebab dapat menikmati keindahan semulajadi ciptaan Tuhan. Bunyi burung, air mengalir, bunyi binatang taktau pe jenis, jumpa tupai yang cumel, binatang pelik-pelik and macam-macam lagi. Tapi yang tak bestnya bila tersalah time pi kebun. Disebabkan hujan malam tu so pagi tu jalan berlecah dan saya yang sangat bijak pandai pi pakai selipar jepun ja. Ye, sangat bijak.

Oh ya, ada juga yang tak best pi kebun bila tak buat preparation betul-betul. Macam tak spray dulu anti-nyamuk, abis badan merah-merah kena gigit nyamuk memang tak selesa rasa nak balik cepat-cepat je dah la bukan kecik-kecik nyamuk kat situ, besaq! Lepastu kan sorang pun tak bawa plastik nak isi buah semua tak ingat nak bawa, nasib baik la ada plastik tok guna buh cawan, guna yang tu je dapat la 4,5 ulas durian. Dan yang paling tak suka kena gigit dengan pacat dan gatal tu jangan cakap la rasa sampai harini tak hilang-hilang lagi nasib baik dia tak sempat masuk tempat sensor tu.

Mak cik aku dua orang tu gelak kat aku sebab takut dia masuk kat 'situ'. Ye laa sapa tak takut kang dia tak jumpa jalan keluar cemana. Takut aihh. Alhamdulillah dua ekor je kena satu dekat buku lali satu lagi dekat lutut. Tak sempat nak tangkap gambar pacat sebab bila ada pacat je walaupun baru naik dekat selipar dah gelabah dan klang kabut buang pacat takot masuk kat 'situ'. Kesian tok walaupun pakai boot kena banyak ekor berdarah-darah kaki dia pacat gigit. 

Teringat masa kecik dulu pacat gigit kat belakang badan, tengah syok main tak sedar kena gigit, abah kot yang perasan sebab tiba-tiba belakang aku berdarah banyak dengan pakai baju putih lagi time tu clear la nampak darah. Saiz dia jangan cakap la, besar ibu jari kot sedap isap darah. Serius tak suka pacat! Pacat mencari mangsa tidak mengenal usia. Lepas ni kena pakai legging dan spray anti-pacat. Ada ka?

Tapi best la bukan senang nak pergi kebun rugi kalau sapa ada kebun tapi tak pergi kebun. Memang pengalaman yang best. Lepas ni nak pergi ramai-ramai la lagi best berkelah kata sana tapi kena cari spray anti-nyamuk dan anti-pacat dulu. ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...