comel juga Angry Bird ni ..


Sangat lama tak update blog ye sebab taktau nak tulis apa maklum la sepanjang cuti ni takdak pengalaman yang best pun yang nak dikongsi sebab duk rumah je memanjang kheja pun dak pemalaih sungguh. Ngeee.

Berdasarkan tajuk diatas, macam nak buat karangan la pulak. Nak cita pe tah lama ngat tak mengarang dah taktau nak tulih padia. Kalo cakap bule la macam-macam nak cakap merapu meraban tapi kalau tulis je letak tangan atas keyboard terus semua idea hilang.

Umm haa. Tau kan Angry Bird? Alaa. Burung yang ada macam kale terbang sebab lastik and takdak kaki tuu. Kalau taktau tipu laa. Hehehehee. Sebenarnya tak bopa minat pun Angry Bird nih. Dah boring dah sebab main game dia tak penah lepas-lepas asik sangkut jaa. Tapi malam tadi abang saya balik and bawa balik Angry Bird. Dia cakap dengan exitednya, "Abang beli Angry Bird.. Besaq.. Comey.. Ada dalam keta satgi abang amik." dan saya cakap "Ok" dengan takdak semangatnya sebab ngatkn pedia yang best sangat dari riak muka keterujaan dia tu.

TAPI...

Bila dah jumpa, pegang, usha, belek, alahaiiii. comeyyynyaaa! SERIUS! tengok nihh..


comelkan diaa. ^_^

kenapa saya senyum nih.

Haa. patotnya ceni kan namanya angry bird. :D

Sayangnya anda tidak hidup. Kalaulah anda hidup dah lama saya bela anda. Anda sangat cumel! ^_^

Oh ya btw, abang cakap Angry Bird nih baru lagi kuar. Tokei tu cakap nak test market. So sapa nak cepat le cari kat Penang sebab tempat lain saya taktau dah kuar ke belom and sebab saya cuma tau abang beli kat Penang, kedai mana saya taktau. ^_^

Nak selit gak cikit. Sila telengkan kepala anda kalo mau nonton. ^_^

kualiti sangat teruk. henpon murahh. :D

~ makacihh ~

Mereka ketawakan saya...


On the way nak pergi pejabat abah nak ambil durian yang dia order...

Mama : Mad tak balik ke?
Aku : Tak balik. Dia keja laa.
Adik : Dia keja wat pa? (pe jenis soalan la dia ni tanya)
Mama : Keja la dah cuti-cuti ni. Dia bawak bekal tak? hahahaha. Haritu mak dia cakap dia pi kerja bawa bekal. Anak mak...
(satu kereta gelak dekat dia, aku nak bela dia pun tak jadi sebab tergelak ayat mama tu.. )
Mama : Tak tau la nanti dia nak bawa bekal pe laa.
Aku : Bawa nasik telur goreng buh kicap dah laa. Susah pe. Hahaa.
Abah : Haa. Tu tak pa lagi, yang abah takut nanti balik apa pun takdak.
Mama : Kerja tidoq ja sampai tengah hari. Kalau kerja tak pa lagi ni tak kerja. Tidoq memanjang.
Abah : Ha tu laa. Kheja tidoq ja dia.
(depa suma gelak kat saya! :[ )


Ok, gelak la kat orang. Takpa takpa. Cayang tunggu tau. Nanti orang belajaq masak, orang bagi dia bawak bekal makanan mewah-mewah. Haa. Tunggu laaa.


sweety pie


Seronok kalau ada kebun sendiri dapat makan buah free.


Starting with me. Pelakon utama ni dah lama tak pergi kebun since sekolah rendah dan baru-baru ni dia pergi kebun dengan dua orang mak cik ngan tok dia.

Ini tok. Pakai boot bawa parang.

Mak Lang ajak lalu jalan shortcut, terpaksa la redah pagar berduri. Sian tok, nasib baik tak terkoyak kain tok tu. Sebenarnya taktau jalan, redah je. Nasib baik sampai gak.

Masa kecik-kecik lepak kat pondok ni bila pi kebun tapi sekarang tangga pun dah hilang walaupun dah diikat ketat-ketat dan sekarang dah jadi bungalow anai-anai.

Mak Njang korek buah durian tapi tak dak pe sebab tupai dah tebuk dulu sebelum buah jatuh tu pasal takdak pe dalam tu katanya. Ada 5 biji kat satu pokok durian tu tapi semua dah rosak kena tebuk.

Tok pun bertungkus lumus korek dan korek buah durian.

Dan dia dapat buah tapi paitt.

 Sungai dan titi ke kebun still maintain macam dulu. Dulu banyak ikan, selalu tangkap ikan kat sini tapi sekarang tak perasan pula ada ke tak. Eh, sungai ke ni?


Ini Mak Lang saya dan sebelahnya tu yang ada daun kering tu namanya daun palas, daun ni la orang guna buat ketupat.

Tau tak ni apadia? Kalau taktau, ni la getah namanya ye kawan-kawan.

Pergi kebun memang best sebab dapat menikmati keindahan semulajadi ciptaan Tuhan. Bunyi burung, air mengalir, bunyi binatang taktau pe jenis, jumpa tupai yang cumel, binatang pelik-pelik and macam-macam lagi. Tapi yang tak bestnya bila tersalah time pi kebun. Disebabkan hujan malam tu so pagi tu jalan berlecah dan saya yang sangat bijak pandai pi pakai selipar jepun ja. Ye, sangat bijak.

Oh ya, ada juga yang tak best pi kebun bila tak buat preparation betul-betul. Macam tak spray dulu anti-nyamuk, abis badan merah-merah kena gigit nyamuk memang tak selesa rasa nak balik cepat-cepat je dah la bukan kecik-kecik nyamuk kat situ, besaq! Lepastu kan sorang pun tak bawa plastik nak isi buah semua tak ingat nak bawa, nasib baik la ada plastik tok guna buh cawan, guna yang tu je dapat la 4,5 ulas durian. Dan yang paling tak suka kena gigit dengan pacat dan gatal tu jangan cakap la rasa sampai harini tak hilang-hilang lagi nasib baik dia tak sempat masuk tempat sensor tu.

Mak cik aku dua orang tu gelak kat aku sebab takut dia masuk kat 'situ'. Ye laa sapa tak takut kang dia tak jumpa jalan keluar cemana. Takut aihh. Alhamdulillah dua ekor je kena satu dekat buku lali satu lagi dekat lutut. Tak sempat nak tangkap gambar pacat sebab bila ada pacat je walaupun baru naik dekat selipar dah gelabah dan klang kabut buang pacat takot masuk kat 'situ'. Kesian tok walaupun pakai boot kena banyak ekor berdarah-darah kaki dia pacat gigit. 

Teringat masa kecik dulu pacat gigit kat belakang badan, tengah syok main tak sedar kena gigit, abah kot yang perasan sebab tiba-tiba belakang aku berdarah banyak dengan pakai baju putih lagi time tu clear la nampak darah. Saiz dia jangan cakap la, besar ibu jari kot sedap isap darah. Serius tak suka pacat! Pacat mencari mangsa tidak mengenal usia. Lepas ni kena pakai legging dan spray anti-pacat. Ada ka?

Tapi best la bukan senang nak pergi kebun rugi kalau sapa ada kebun tapi tak pergi kebun. Memang pengalaman yang best. Lepas ni nak pergi ramai-ramai la lagi best berkelah kata sana tapi kena cari spray anti-nyamuk dan anti-pacat dulu. ^_^


formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/polkadonat

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/polkadonat

Lawak Kampus


Lawak Kampus sangat best. Febret laa sebab selalu pergi 7e nak beli komik ni tapi sekarang dah jimat duit sebab dah tak payah beli, online ja kat sini.






Tapi kan tak puas la ngadap lappy je sebab tak boleh golek-golek atas katil sambil baca pastu tak boleh buat tutup muka kalau nak tido siang-siang. Haishh.

Takkan sesekali aku nak layan baik dengan kau.


Lepak dengan adik borak-borak, ngumpat-ngumpat, gelak ketawa sampai keluar air mata orang tengok pun ingat menangis kegembiraan sangat best sebab bila dengan adik beradik, mengata mengutuk pun 5minit lepastu dah berbaik balik.

Lepak sambil minum Krusher Banana Strawberry tiba-tiba terbuka topik psycho,orang psycho.Dia cakap dia kena ganggu dengan orang psycho dua kali masa pergi sekolah naik basikal. Lega dulu time aku naik basikal pegi sekolah takdak pon orang gila kacau maybe sebab time tu aku buruk kot. Penah orang yang aku admire gila-gila dari darjah 6 sampai form 2 time tu kata "Apa yang ada kat Anis tu yang suka kat dia, dah la hitam. Dari jauh nampak gigi dengan mata ja. Hahaha." Gila kejam. Tapi taktau pasepa aku admire lagi sampai sekarang.
Seronok jadi adik aku, lawa. Ramai orang suka, minat. Aku dulu takdak orang minat pun jangan cakap dulu, sekarang pun takdak sbab aku hitam dan orang pun selalu cakap aku macam anak mami dulu laa tapi sekarang pun kan rasa ada lagi mean aku hitam lagi la ni. Patut  pun takdak orang bekenan kat aku. Now I know.

Tapi kan. Dulu ada sorang budak ni selalu kacau aku time balik sekolah. Mata aku kan bulat, dia selalu la mengata mata aku ni mata burung hantu la alien la. Sedih sangat macam nak berhenti sekolah je rasa time tu. Masa form 4, aku dapat teknik. Seronok gila la time tu sebab takdak orang kacau aku dah time balik sekolah.

Nak jadi cerita, habis SPM dia kaco aku, nak bekenalan la ape la. Dia ngat aku dah lupa ke pe dia buat kat aku. Geram gila dekat dia, menyampah. Aku tak mau layan dia cakap sombong. Pastu aku geram asik kaco je tak berenti aku ungkit balik pe dia buat dekat aku. Tau apa dia cakap? "Bila Bob buat macam tu kat Anis? Tak pernah Bob buat macam tu pun." Huihh. Kau ingat aku lupa ke haahhh?! Never and ever! Takkan sesekali aku nak layan baik dengan kau. Wekk!


Pastikan duit cukup sebelum bayar parking jangan jadi macam saya.


Isnin haritu adik takdak kelas so janji dengan dia nak bawa jalan-jalan. Mula-mula pelan nak pergi Penang, tapi mama tak bagi so disebabkan dah janji, bawa juga la dia berjalan pegi aneka pun jadi laa janji kuar gak dari rumah. Hahaa. Sebenarnya takdak pe pun nak dibeli, tapi dah boring sangat terperap dalam rumah jadi baby-sitter so kuar gak laa.

Time nak balik nak bayar tiket tu aku risau takut tak cukup duit sebab aku nih mudah gelabah tambah-tambah lagi kalau orang beratur panjang kat belakang pastu potpet potpet pastu muka tak mesra alam. Mesin cakap RM1 je kena tapi time tu duit dalam purse ada RM20 je. See, RM20 je tu pasal tak shoping. Ingat nak jolok je sepuluh hinggit tu tapi kat mesin tu tuleh RM1 ngan RM5 je boleh terima. Syiling ada so buh duit syiling je laa.

Tau dak mesin tu demand. Kalo takmau terima duit buruk tu ok lagi sebab dah biasa dah mesin demand duit buruk tapi dia takmau terima 50sen bekilat lagi tu. Pelik. Dalam dua tiga kali juga la try, dia takmau gak, geram gila. Pastu aku dengar orang belakang cakap 'Haii, line dah panjang dah ni.' Ok dah semakin nervous time tu aku buh duit lain dulu kot-kot peh tu mesin tu mau terima 50sen, tapi dia takmau juga. Geram rasa macam nak sepak je mesin tu. Mintak duit kat adik, dia cakap takdak duit syiling langsung. Gila gelabah time tu sebab lagi sekupang je lagi tak cukup. Sekupang je lagi. Nak lari pi kat kereta pun bukan ada duit syiling dalam kereta sebab bila terhentak je bunyi bising so aku dah buang semua syiling yang ada dalam kereta. Ha sekarang padan muka.

Dah takdak cara lain dah ni. Takkan nak blah camtu je confirm la tak boleh kuar dari basement tu kalau tak bayar. Sekupang je lagi ni mana nak cari. Takkan nak naik atas balik and beli pape bagi ada balance sekupang. Oh tidak. Pastu dengar abang belakang aku cakap 'Hmm, rasa ada spuluh sen ni.' Aku memang dah taktau nak buat apa dah time tu pehtu dengan spontannya aku pusing blakang and sengih kat abang blakang tu. Dia pun bagi la skupang yang dia korek dari poket sambil senyum bagi kat aku. Gila malu kot time tu. Aku tak sangka aku buat macam tu. Mintak sekupang dari orang tak kenal dengan cara sengeh simpati macam tu. Malu kot.

Aku tak penah kot buat macam ni. Abang tu ngan awek dia gelak je pastu dia siap cakap lagi 'esok bayar ye.' Tapi esoknya aku pi dia takdak pun. Halal je la ye abang ye. Mekasih ye abang sekupang sebab kalo abang takdak and bukan abang yang belakang saya time tu taktau la kalo sengih dapat ke tak sekupang dari orang belakang, tah-tah wat muka sombong je pe. mekasihh again.

Dalam kereta, 'Saya memang takdak duit syiling.' buka je purse, 'Eh, ada laa syiling, rasa dah guna abis dah haritu.' Pastu sengeh macam kerang busuk.

Ok, aku sedikit bengang time tu sebab dah tanya dah dia tadi ada dak sekupang, dia cakap takdak. Aku mati-mati ingat dia dah chek purse dia. Tapi dalam kereta baru dia nak bukak tengok. Takdak guna benda dah jadi dah pun.


Si bibirmerah ...

Haritu saya ada buat sticky note pasal visitor yang ke 1000, tak tau la ada orang perasan ke tak kan tapi untuk tidak menidakadilkan bilangan klik tu jadi saya pun tak online untuk beberapa hari dan meluangkan masa bersama tersayang. Selalu la kan kami jumpa sehari je lepas tu berbulan-bulan tak jumpa pastu jumpa lagi, sehari gak then berbulan-bulan lagi ambil masa nak jumpa lagi. Sedih kan bercinta jarak jauh ni dah la jumpa sehari je plak tu. Tapi disebabkan cuti 4 bulan kali ni kami jumpa lama sikit. Sikit je la. 3 hari je sebab tu je yang kami mampu.

Ok, bukan nak cerita pasal tu ye sebab sekarang nak cerita pasal 1000's lucky visitor. And.. Saya dah dapat pemenangnya iaitu bibirmerah. Mana dapat tau? Sebab naik kat email, dia comment kt entry and terus terlintas dalam pikiran time tu nak bagi shawl sebab saya baru buat silk shawl. Sangat bertuah anda dapat shawl baru dari saya. Disebabkan exited nak tengok betul ke tak saya chek email yang lagi satu dan buat keputusan muktamad yang saya tak jadi nak bagi shawl tu sebab rasa tak sesuai la pula nak bagi shawl kat dia sebab dia laki. Terus chek blog and tengok len and yup, laki. Huhuu. Disebabkan itu, makanya.. Saya perlu berfikir benda yang kelakian untuk dibagi pada bibirmerah tersebut. Nasib baik tak laju-laju pi post. Hehee. Harap bersabar ye bibirmerah. ^_^

* nak spend time ngan tersayang luu. I have only two and a half days left.

Cuti-cuti buat kerja sendiri dan diamkan diri.


Setiap kali start kelas mesti orang akan cakap ‘sombong la anis ni. Cuti tak tegur orang langsung. Belagak.’ Ada aku kisah? Ye, aku kisah sebab hampa tak tanya dulu pedia aku buat time cuti. Kalo hampa tanya kan takdak la jadi salah faham. Ye tak. Mesti nak tau kan pe aku buat so kita takdak salah faham dah kan. Kankan. Time cuti panjang la aku nak menghabiskan masa dengan diri aku dan kerja-kerja yang aku suka buat yang aku tak sempat nak buat time aku buzy. Panjang penjelasannya ye. Bukan ja time cuti panjang, weekend pun sama ye. Amenda la yang ko nak buat sangat tuh sampai orang cop engkau sombong ngan belagak? Nak tau? Haa..

Tido sepuas hati sampai kena bleter tak reti-reti bangun.

 Tengok tivi pukul 3-4 pagi. Tu sebab bagi no.1

Main game. Game. Game. Dan game sebab opah aku tengok cita indon non stop sampai nak tengok cerita len pun terpaksa berat hati tuka kerana dia. Nape xtegas je kata nak tengok cerita ko tu. Ntah. Aku pun taktau. Sebab aku bek kot. Tu sebab untuk no.2

 Jadi dreba adik-adik pi skolah. Hujan ka tak hujan ka alasan hujan. So, kena hantar sebelum betul-betul hujan.

Jadi dreba mak cik tuk pi sana sini sebab dia fobia bawa keta dalam keadaan tertentu. Untuk mengelakkan keadaan tertentu berlaku, aku yang kena bawa kereta tu.

Surf tenet. Bila aku start bukak lappy, start online tak kira masa dan ketika, aku tak boleh berhenti. Seriously. Termasuk minggu exam. Tak caya tanya roomate. Betoii. Dan kadang-kadang kan.. Eh, dah malam. Laa. Cepatnya. Mau tak cepat dah engkau tu online tak sedar diri tak reti-reti nak berenti.

Apa yang ngko surf sampai tak sedar dah malam? Apa lagi, facebook laa 24jam. Kan semua orang layan fb sekarang. Ok tipu. Aku buka je tab fb tapi melencong kot len. Bukak youtube cari cemana nak edit gamba, video, blaja itu ini. Kekadang rasa macam nak tukar kos g IT daripada kos Environment. Haishh. Blogging pun best sebab banyak info and ilmu boleh dapat. Buka nuffnang dengan exitednya sebab hajat nak dapat chek. Tapi still RM2.50. Tengok movie online dan macam-macam lagi la bila surf nih.

Cukup la 7 sebab je. Cakap banyak pun bukan hampa larat baca. Tapi padat tau untuk sari suntuk. Tak tipuu. Ce try buat suma tu sari. ^_^

I dedicate this song to my ex. Trimass.



Sorry I make a mistake. I used betapa instead of bertapa. Forgot the 'r'. Maaf. Typo. ^_^

The correct lyric here ...

Cute baby trying to say frog...


This is sam ...


few month later ...


cute lol ...

Jitra - Alor Setar - Jitra


On the way back home from Alor Setar yesterday we saw many primary school student line up along the road sambil pegang bendera Malaysia lambai-lambai. Feel strange and wonder why kenapa budak-budak ni bejemur tengah panas, pakaian pun pelik. Ouh yes, baru I teringat yang Agung came to Kedah that day. And kami pun kalut-kalut lah looking for suitable places along the road tu nak park kereta and of courselah cari yang teduh-teduh ja maklum laa. Suhu sekarang kan panas. ^_^ Actually we're the first car yang berhenti and then about 5-10 minutes, dah berderet kereta berhenti juga. My sister said 'Look, kan dah cakap. Kalo kita berhenti, mesti ada orang berhenti juga. Orang pun teragak-agak macam awak laa. Nak berhenti ke tak.' Ok, kena sebijik. Umm. It's about an hour juga la tunggu Agung sampai.

While waiting for agung...

Belek-belek barang shopping

 Buzy buat nama using colourful benang. Rajin bebenor siap bawak gam uhu skali. Perghh.

Baca Tengok buku Ben10 baru beli. Fanatic to Ben10.


And tak sia-sia we've got a video to share with you. ^_^

The doa after prayer

Assalamualaikum



Anas Amsyar perform his doa after Isyaa prayer

Alhamdulillah

I'm proud of you Anas

I missed when I get home ...


I missed when I get home all the family there


I missed when I get home the weekends filled with family activities


I missed when I get home I will be joking with my siblings


I missed when I get home I'll be dining out with family


I miss when I get home I'll be on holiday with my family


I missed when I get home I'll be scolded by my parents


I missed when I get home I'm out shopping with my family


I missed the old family

~ I missed them ~

You should be thankful to be at home where there is a complete family


Terima kasih seorang anak terhadap ibu..


Assalamualaikum

Biar apa pun yang kita panggil ibu kita... Bacalah.. So touching... Terasa kekurangan masa untuk mereka.. MAMA, MAAF KAN KAMI.

KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"

APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MELUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA,KITA KATA, "?ITU BUKAN URUSAN IBU."

SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."

APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN? . "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH? ."

KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA,"? ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA , SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.

Wait until you see the last photo, it's unbelievable!!!

Holding The Sun 

Edge of the Hurricane 

Fire-Starter 

Amazing Cloud Formation 

You Light Up My World 

Not a Good Day For Surfing What was your first clue 


Tempat yang dosa untuk dilawati ...


-


-


-


-


-




Hehee.

Final Exam akan tiba tak lama lagi. Dah bersediakah anda?


Sekarang dah start minggu study week. Exam tak lama lagi. Cepatnya rasa masa berlalu. Haishh. Risaunya. Belajar tahapa-hapa.  Jadual exam tersangatlah merisaukan saya. 26, 27, 28. Tiga-tiga subjek sangatlah kritikal pada saya.

thanks zira. i curi dari u. ngee.

Saya tak suka subjek menghafal. Saya tak sabar nak 30hb. Dan paling tak sabar untuk 6hb. Nak balikk ! ^_^

 Doakan saya berjaya berjaya yaa !




Ok kah saya bila sebegini rupa ?


When I was bored to read lecturer note for the next test.

hurm.. macam ok.

*speechless*

haishh. macam besau je kepala tu.

worried!


Saya tak pernah pakai macam ni. Serius. *inner lekat dikepala* Apa pendapat anda? Adakah saya sesuai memakai sebegini rupa? Sila beri komen anda supaya saya tidak diketawakan oleh orang ramai. Saya perlukan komen anda segera.

^_^
Terima Kasih.


ps : kereta siap pukul 4. WHAT?! Tidakkk! Saya nak balik sekarang. So sad. Hope sempat balik sebelum Maghrib.

Temperature naik ?

Saya tau bawa kereta je. Yang lain-lain hal kereta kaum lelaki yang uruskan. Haa. Ni la masalah perempuan ye. Termasuklah saya. Ngee. Saya memang tau bawak je suma pe pasal keta saya tak tau kecuali minyak abis, cari stesen minyak yang terdekat, chek duit, kuarkan duit and isi minyak byself or orang tolong isikan. Itulah saya. Teruk kan? Ish. Ish. Ish.

Saya dah kena belajar kenal and tau semua pasal kereta sebab tak lama lagi kena berdiri di atas kaki sendiri aka berdikari because soon my family will far far and far away from me. Tapi sebenarnya sekarang pun dah kena start berdikari dah sebab dah duduk luar negeri. Luar negeri je. Bersebelahan lak tu. Haishh. Dekat benor. Tak terasa balik kampung pun.

Semalam time tunggu opah shopping ada la dekat setengah jam kot berpanasan dalam kereta tu. Air-cond dia buat hal laa. Geram aku. Dah la tempat panas, air-cond tak berfungsi, makin panas la den nih. Geram. Selalu sekejap je ni tak lama gilaa. Nasib baik la time duduk Perlis tak jadi, bila balik Jitra je jadi. And nasib baik laa abah ada. Ngada-ngada betul kembara nih. Penampo kang aku gak yang rasa sakitnya. Haishh.

Then tadi bawak dia pi workshop, orang kedai tu kata air kering. Dia chek tengok-tengok memang kering sangat-sangat lah kering. Abah tengok aku n marah sebab tak chek dulu. What? I mana la tau. I tau bawa je. Hehee. Abah pi cita kat orang tu kata aku penah 'letupkan' kereta kancil which is used to be mine but now owned by brother. Aku tak terasa pun nak tengok temperature. Nasib baik tak 'meletup' gak. Kalo tak sian abah abiskan beribu sebab aku yang pandai and pro bab jahanamkan kereta. Ngee.

Mula-mula aku ingatkan gas yang kurang. Tapi orang tu cakap gas ok ag. Nasib baik tak wat pala tau kat kedai tu tadi. Mau malu kott. Hehee. Dah tu dia suruh pi chek kot kot ada leaking. Bawak pi kedai satu lagi, kedai nih memang dah salu pi dah. Tinggal lah kau di dana wahai kembaraku. Hope tak lama sebab aku nak balik hostel arini gak! Waa. Tak study ag. Keja tidoq ja. Padan muka aku. Wuu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...