Alamak. comel giler. geram nengoknye!


Agak lama la tak online menyebabkan aku ketagih nak bukak lappy cepat-cepat. Dua hari je pon. Over je minah nih. Macam la fames sangat yang over nak online laju-laju. Hehee. 1st skali yang akan aku buka of course laa FACEBOOK then baru BLOG. Sebab apa? Sebab aku tau facebook aku lagi laku dari blog. Hehee. Time blogwalking tetiba tejumpa satu blog nih. Cute sangat barang-barang dia. Buat aku nak cakap 'alaa. cumeynya barang-barang kat cini'. Tapi nak beli rasa macam tak mampu and tak layak lagi sebab barang-barang kat situ semuanya barang baby. BabYShoP2U. OMG! kau buatkan aku mau baby cepat-cepat lahh. Hehee.

Cumel sangat barang-barang baby kat blog tu.  Aku sebenarnya suka tengok barang-barang baby nih. Cumil! semua kecik-kecik je. Geram aku nengoknye! Especially legging, suka la tengok baby pakai legging. Cumel je bler jalan, bontot or butt dia tertongek-tongek. Hehee. Cumel laa! Kalau baby tembam yang pakai lagi cumel! Geram. Geram. Hehee.

'Cayang, cayang, nanti mama belikan legging ni kat sayang ye. Mesti cayang mama ni cumel hari-hari'. ^_^

My own widget.

I already got my own widget.
thanx to widgetindex !

saya nak watermark free dari nardnaddy


Sebenarnya dah lama cari cene nak wat watermark ni. At last, time blogwakling tadi terbaca pasal watermark kat blog nardnaddy ni. Dia dengan baik hatinya sudi buat watermark untuk semua readernya secara PERCUMA before the end of February. So, cepat-cepat la buat before it ends. Hehee.

Gambar untuk watermark :


Caption untuk watermark :
polkadonut

Url blog :

Colour font :
Tak taw nak cakap, ikut kesesuaian u. Janji cumel. Hehee.

Email :
Oh ini yg lemah. Email macam budak. Jangan gelak!
anielicious_pinkyblushes@yahoo.com


TQ NARDNADDY !

Mood lagu 2011


Tak tau kenapa suka sangat lagu nih padahal satu pe pon aku xpaham. Tapi best. Best sangat. Layan gila dengar lagu nih. Try la dengar. Hehee. Btw, vocalist dia, Lee Hong Ki tersangat sangat lah cute miut nya.. Muka dia ada iras-iras macam Jang Geun Suk pelakon Marry Me, Mary. 

Soalan lazim bila orang usha semacam..


Awat kurus sangat?

Bila nak berisi nih?

Tak makan ke?

Tak cukup makan ke?

Sakit ke?


Penat dah aku dengar soalan-soalan macam nih. Sampai bila pun tak tau la. Aku dah try macam-macam dah, Appeton Weight Gaint, ubat-ubatan doktor, menu makanan berkhasiat, menu makanan yang boleh menggemukkan diri. Semua dah try. Tapi sayangnya.. Semua tak berkesan! Sedih. Kecewa. Lagi kecewa sebab majority takdak yang nak bagi kata-kata semangat. Sungguh  sungguh kecewa.

.amik dari pak cik google.

Tapi ok what. Tak la kurus sangat macam gambar ni. Perut pon buncit. Nak kena beli losyen Mustajab nih. And.. Yang paling suka, nak cari baju suar pun senang. Tak susah nak cari saiz. Rembat je mana yang bekenan. Hahaa.

Ada hikmahnya kenapa aku dilahirkan macam nih. Walaupun ceni, kurus kering macam papan lapis, aku still sihat waafiat and besyukur sebabb. Tubuh badan yang sihat, tak sakit, dapat makanan secukupnya, mewah ag. Alhamdulillah. Mana tau kan maybe nanti dah kawen, dah beranak pinak anak 12 orang, badan still mantain slim ke kan dah tak payah nak dermakan duit kat Slim World. Hemm. 12 orang tuu. Hahaa.

Family in future. 5 orang anak plus twin. 7 orang. Ok plus ag 3 ekor kucing and 2 ekor kucing menyerupai anjing. Jadilah 12 orang anak. Big happy family. Hahaa. 



.abah.anak-anak.


Abah selalu marah abang aku sebab selalu pakai seluar pendek. Dia selalu cakap ‘Abah tak suka la tengok hang pakai seluaq pendek. Awat dah tak dak seluaq ka nak pakai’. ‘Abang hampa tu dah tak dak seluaq ka nak pakai, seluaq pendek memanjang’. Ayat tu la selalu kami adik-beradik dengar kalau abang aku balik rumah. Hehee. Taste abah and aku memang tak sama. Jauh beza sangat-sangat- Macam langit dan bumi. Nak tau kenapa??

Baca nih..

Aku : Suka la tengok laki pakai seluar tiga suku. Smart laa. Nak la bf ceni.
Abah : Abah tak suka tengok laki pakai seluar tiga suku. Nampak aurat.

Aku : Suka lelaki rambut panjang, cacak-cacak, xpun macam rambut artis korea ke. Macam trend sekarang suka buat. Perang-perang. Baru la ikut fesyen semasa.
Abah : Abah tak bekenan langsung lelaki rambut macam tu. Kale-kale. Ingat elok sangat ke duk tiru black metal, punk, ape kejadah semua tuh. Fesyen apa macam tu.

amik dari pak cik google


Aku : Kalau boleh jadi artis kan best. dapat bf artis. Boleh jadi femes. Seronok! Dresing pun terbaik lahh.
Abah : Benci abah tengok artis sekarang. Tahapa-hapa perangai. Tak senonoh pakaian macam apa lagi. Tiru artis barat. Tak dak akhlak. Yang lelaki bukan main boleh tutup semua. Yang perempuan tu. Tak pernah nak tutup semua. Ketat. Terbelah, dedah sana sini. Memanjang tak cukup kain. Tak dak duit kot nak beli.

Aku : Seronoknya tengok orang lain boleh keluar malam.. bebas je. Kan seronok kalau parents aku sporting macam parents depa yang lain.
Abah : Abah tak suka hampa keluaq malam! (tak dapat nak cita sebab apa,aku pun tak tau. Hehee)

Aku : Suka laki yang hensem, sporting, sosial, dresing style.
Abah : Hensem kalau tak dak akhlak buat apa. Dresing segala tapi tak dak duit Belagak je lebih. Menunjuk. Kerja la dulu kalau nak belagak sekali pun. Abah tak suka lelaki tak dak akhlak macam tu. Nak belagak kalau pakai duit sendiri tak pa, ni duit abah.

Aku : Teringinnya nak pakai henpon canggih-canggih macam orang lainn. Nak beli simkad celcom la. Senang nanti nak contect orang yang pakai celcom.
Abah : Abah pun tak pakai henpon mahai-mahai. Ampa nih belagak! Pakai henpon sampai dua tiga, kalah abah yang keja. Pakai satu ja henpon. Macam keja besaq, tak padan dengan student.

Macamtu la perangai anak abah yang sorang nih. Teruk kan? Teruk. Teruk. Sangat teruk. Time zaman jahiliah dulu, aku selalu berangan nak dapat bf yang sporting, hensem kaya, hebat, cool la apa suma. Tapi aku selalu dikecewakan ngan lelaki spesis tu. Lepas aku give up, aku tak nak dah laki macam tu and tak nak couple dah. Dah bertekad taw nak cari yang beragama, beriman, yang baik, yang boleh bimbing aku ke jalan yang lurus, tak mahu bengkang bengkok dah.

Punyalah bertekat tak mahu couple selagi tak sampai U or keja, last-last tersangkut juga. Tahun 2004 time tu aku form 5. Still dengan dia sampai la sekarang. Alhamdulillah hubungan kami diredhoi kedua-dua belah parents. Orang kata.. Allah tak redho kecuali redho ibu bapa. And hasilnya sekarang kami dah bertunang. Aminn. Kawen? Nanti dulu kott. Hehee.

Sebenarnya apa yang parents kita buat or tegah tu ada sebabnya. Dia nak anak dia baik-baik semua. Bahagia dunia and akhirat. Ada akhlak, agama. Bukan macam org zaman sekarang. Pandai-pandai la nilai sendiri orang zaman sekarang macam mana. Tak payah susah payah g cari merata ceruk, sekeliling kita pun dah buleh tunjukkan and bezakan mana baik and mana buruk.

f.y.i : tunang aku nih ada semua ciri-ciri dalam list yang abah bekenan. Sejuk hati dia aku dah pilih yang terbaik. ^_^

Kalau ada yang terasa or terkasar bahasa harap diampunakan. Ini cerita apa yang berlaku antara saya dan abah. Manusia tiada yang sempurna. Yang buruk dari saya, yang baik sentiasa dari Allah.

.SekiaN.

Tips pergi melancong.

Kimia oh kimia. Stress dengan kimia. Satu hape pon aku tak dapat jawab test tadi. Meniru pon entah betul ke tak. Menyampah aku! Asal masuk kelas kimia je mesti rasa dah salah kos. Asal masuk kelas kimia je mesti rasa nak quit. Asal masuk kelas kimia je mesti moody. Meluat! Huh! Ok ni bukan nak cakap pasal kimia, tapi nak bagi tips sikit pasal melancong sepesial daripada Anis Amalina sendiri selepas kejadian di Cameron Highland haritu. Hehee.

Tips-tips melancong :


1.     Pastikan booking hotel/apartment/homestay or apa-apa je yang berkenan dihati awal-awal ok. Kalau boleh buat je macam Air Asia tu. Booking 6bulan awal. Hehee. Booking awal bukan sebab apa. Sebabnya.. Nak mengelakkan dapat rumah yang tahape-hape macam yang berlaku pada saya haritu. Okeh?
2.     Rumah tu kalau buleh amik la yang tinggi daaan, jangan kawasan terpencil macam saya kena haritu. So that, rumah kita selamat daripada dimasuki orang. Insyaallah. Tapi kalau dah tak ada rezeki. Tak boleh buat apa la kan kan kan.
3.     Barang-barang berharga yang penting, bawak sekali bila keluar tuu. Jangan tinggal-tinggal. Duit pun. Bawak. Selain selamat, mana la tau kot-kot nak shoping apa-apa, duit dah ada.. Tak payah balik bilik. Tak la penat jalan jauh-jauh. Kalau kat Cameron lain la sejuk, kalau kat Africa cene? Haa. Mau ke jalan jauh-jauh panas-panas macam tu? Setuju tak? Hehee.
4.     Kunci ketat-ketat segala lubang-lubang yang ada. Tutup bendalir hijau dari lubang hidung pun boleh. Hehee. Tutup pintu, tingkap n segala yang boleh mengelakkan pencuri masuk.
5.     Don't trust anyone around u except family laa. Hehee.

Tu je la tips setakat nih. Dah tak boleh nak berfikir dah. Kalau sapa-sapa ada tips lain boleh la share-share. Selamat Melancong. ^_^

TQ

A memory to remember.

Happy CNY. "Cina raya, Melayu sibuk. Melayu raya, Melayu sibuk juga. Melayu nih pantang ada cuti, mesti nak bercuti." Ayat abah time on the way nak balik Kedah. Ok, ni bukan nak cerita pasal balik, tapi nak cerita pasal pergi. Ni la first time pergi bercuti macam-macam berlaku sepanjang bercuti. Percutian kali ni memang tak best. Mama pun cakap nanti nak pegi lagi. Bajet 3H2M. Tapi jadi 2H1M. SORRY MAM!

1st day
Pagi :
Jumaat - Bertolak lepas subuh kononnya sebab abah nak sembahyang Jumaat dekat sana. Tapi dekat pukul 7 baru bertolak. Biasalah, janji Melayu.Hehee. Oh ya, lupa nak bagi tau, badan aku gatal-gatal hari tu. Ingat memang tak mau ikut. Tapi takkan nak sia-siakan peluang ni kan. So, pegi lah dengan kegatalan tu. Bukan gatal gedik tu ok. Gatal kulit ye. Jangan salah faham lak. Hehee. Penah tak kena kelopak garam? Haa. yang tu lah buat aku jadi gatal tegaru-garu macam beruk. Ehh. Tau apa tu kelopak garam? Kelopak garam tuh macam kena nyamuk gigit tuu. Tapi banyak satu badan. Kalau lagi garu lagi la dia merebak satu badan. Tapi aku garu juga sebab gatal. Tah tahan wehh! Memang gatal sangat-sangat. Tak tau nak gambarkan macam mana. Adik aku selalu marah kalau aku garu. Dah gatal sangat. memang tak boleh tahan. Dia lain laa. Kebal. hehee. Kalau nak tau gatal macam mana, try la kena, nanti rasa la sendiri. Hehee.

Tengah Hari :
Sepanjang perjalanan aku tido je sebab nak elakkan pening disebabkan jalan yang bengkang bengkok tu and nak elak dari rasa gatal-gatal. Lepas sampai tu makin banyak naik, so abah pergi beli garam and aku bubuh kat tempat gatal tu sampai la petang. Penat kot nak bubuh tu tapi tak berapa rasa sebab tengok movie 'Aku No.1'. Best juga la movie tu. Hehee. Tompok-tompok pun makin berkurang sikit demi sedikit.

Malam :
Abah ajak makan luar sebab dekat rumah tu takda makanan dah la TV pun macam hampeh, kale kuning je semua sampai pakai kale merah pun jadi kuning dah tu ada TV1 je pulak tu.  Time makan-makan gatal tu makin menjadi-jadi. Tak selesa gila aku macam nak balik je. Shopping pun tak. Rasa tak sedap hati tiba-tiba menjelma. Dono why.. Balik je rumah, aku la orang pertama terhegeh-hegeh masuk dulu nak bukak semua pakaian. Upss. Bukan semua ye. Baju seluar je ok then pakai kain batik. Berkemban yaww. Ingat artis je ke boleh berkemban nih. I pon buleh. Hahaa. Sampai je kat rumah, tengok bilik semacam. Masuk je dalam bilik, aku rasa tak sedap hati. Tengok duit syiling berterabur atas sejadah, rasa tadi tak ada duit pun dekat situ. Atas katil ada beg camera, tadi rasa ada kt sofa depan. Then adik aku masuk, 'Kakngah, kakngah perosek beg ke?' 'Eh tak la' aku jawab. 'Kakngah betul ke nih? saya simpan hp dalam nih'. Lagi la aku xsedap hati. Rupanya pencuri masuk rumah kami. Padahal adik aku dah kunci semua pintu, tingkap. Dia masuk ikut tingkap rasanya sebab tingkap terbuka. Chek punyalah chek, hp adik aku kena kebas dua-dua, rantai emas Padang Besar mari pon kena kebas. Nasib baik la barang-barang lain kami bawa. Abah talifon tuan rumah and tau apa dia cakap. 'Dua hari lepas memang ada kes curi dekat sini'. Ok thanks baru nak bagi tau sekarang. Kenapa tak bagi tau time kami dah balik Kedah. Dia panggil kawan-kawan dia cari sama tapi tak jumpa maybe pencuri dah lari sebab dekat sejam kami tinggalkan rumah tu. Ok tak jumpa. Kami redho je. Adik aku tak payah cakap. Bengang ar dia. Tapi nak buat macam mana, benda nak jadi. Tak boleh buat apa. Nasib baik la barang yang dia cui tu semua tak bernilai sangat. Hp nokia yang dak rosak gila punya rosak, hp Lg yang lekeh kalo trade pon rasa tak ada nilai dah kot. Aku beli taun 2009 harga rm100. Ada orang mau lagi ka hp tuh. Gelang emas Padang Besar. Cantikkk. Tengok sekali ada la dalam 3K. Tapi bukan emas betul. Bape belas ringgit je pon mak aku beli. Kesian kau pencuri. Itu la. Mencuri lagi. Semua yang kau curi tuh tak bernilai dah oii. Tak dapat duti, dosa yang kau dapat. U deserve it lol!

2nd day bersambung lainkali.. Tak larat nak menaip. Nak pegi makan ubat and tido. Besok kena drive awal pegi kuliah. papaiii.

antik ok. ampa ada ke macam ni?

Haa. entry kali ni nak cerita pasal moto.. Bukan 'moto hidup' ye kawan-kawan. tapi motosikal. hehe.. Cakap moto la senang sikit. Rasa panjang la nak tulis motosikal. Ok ngaku, malas tulis. hehee. Kalau bawa moto ni p jalan-jalan or keluar pekan kan, mesti ada je dengar suara-suara berkata "waa, lawa moto, boleh pinjam?", "cun la moto hang.", "mai pinjam moto." Sampai kadang-kadang tu dengar suara je, orang tak dak pun. 

Semua orang cakap moto tu lawa. antik, cumel. Tapi adik aku yang form 5 tu selalu cakap "malu la nak bawa moto ni. Dah la bunyi kuat. Bising pulak tu. Semua orang tengok kalau bawa moto tu. Selalu mati enjin dekat traficlight segala. Malu laa."

Ok I admit it moto tu memang sangat-sangat and tersangatlah bising sebatu jauh boleh dengar. Kadang-kadang ada juga rasa malu bila orang sekeliling tengok and tersenyum sinis, cakap blakang la ape la. Hati pon sakit ok. Ada aku kisah. Bangga lagi ada la. Bangga boleh jalan-jalan dengan moto tu. Jalan-jalan pergi pasar malam, jalan-jalan shoping berbag-bag sampai tak ingat pegi naik moto je. Bangga oOO dapat naik moto tu pusing satu Jitra. Ulang lagi sekali, Bangga. Kali ni besaaar punyaa, BANGGA! Hahaa. Rasa macam nak lambai-lambai je tangan ni bila orang tengok kami naik moto tu. Tapi sedar diri ini insan biasa yang xfames. 

Haaa! Mesti tertanya-tanya kan moto apa, ada la tu nak cakap moto kapcai, skuter, moto tayar tiga.. Kan? Kan? Kan? Hehee.

Haa. Ni la moto tu. Tolong abaikan minah poyo atas moto ye. ^_^


Lagi sekali tolong abaikan minah tu ye? Hehee.

klik pic untuk pegi facebook saya! ^_^


p.s : Lepas dia dah rasa bangga bawa moto ni, dia dah tak malu and seronok bawa moto ni jalan-jalan. Laju mak engkau tak payah cakap. Aku kat belakang macam nak melayang macam superman je tau!

p.s.s : Macam nak bawa je moto ni pergi kelas hari-hari. senang sikit nak merempit, menyelit and park. Tapi.. Bawanya reti, lesennya nggak ada bahh. Betul ke cakap nih? blasah aja laa. Hehee.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...