Pastikan duit cukup sebelum bayar parking jangan jadi macam saya.


Isnin haritu adik takdak kelas so janji dengan dia nak bawa jalan-jalan. Mula-mula pelan nak pergi Penang, tapi mama tak bagi so disebabkan dah janji, bawa juga la dia berjalan pegi aneka pun jadi laa janji kuar gak dari rumah. Hahaa. Sebenarnya takdak pe pun nak dibeli, tapi dah boring sangat terperap dalam rumah jadi baby-sitter so kuar gak laa.

Time nak balik nak bayar tiket tu aku risau takut tak cukup duit sebab aku nih mudah gelabah tambah-tambah lagi kalau orang beratur panjang kat belakang pastu potpet potpet pastu muka tak mesra alam. Mesin cakap RM1 je kena tapi time tu duit dalam purse ada RM20 je. See, RM20 je tu pasal tak shoping. Ingat nak jolok je sepuluh hinggit tu tapi kat mesin tu tuleh RM1 ngan RM5 je boleh terima. Syiling ada so buh duit syiling je laa.

Tau dak mesin tu demand. Kalo takmau terima duit buruk tu ok lagi sebab dah biasa dah mesin demand duit buruk tapi dia takmau terima 50sen bekilat lagi tu. Pelik. Dalam dua tiga kali juga la try, dia takmau gak, geram gila. Pastu aku dengar orang belakang cakap 'Haii, line dah panjang dah ni.' Ok dah semakin nervous time tu aku buh duit lain dulu kot-kot peh tu mesin tu mau terima 50sen, tapi dia takmau juga. Geram rasa macam nak sepak je mesin tu. Mintak duit kat adik, dia cakap takdak duit syiling langsung. Gila gelabah time tu sebab lagi sekupang je lagi tak cukup. Sekupang je lagi. Nak lari pi kat kereta pun bukan ada duit syiling dalam kereta sebab bila terhentak je bunyi bising so aku dah buang semua syiling yang ada dalam kereta. Ha sekarang padan muka.

Dah takdak cara lain dah ni. Takkan nak blah camtu je confirm la tak boleh kuar dari basement tu kalau tak bayar. Sekupang je lagi ni mana nak cari. Takkan nak naik atas balik and beli pape bagi ada balance sekupang. Oh tidak. Pastu dengar abang belakang aku cakap 'Hmm, rasa ada spuluh sen ni.' Aku memang dah taktau nak buat apa dah time tu pehtu dengan spontannya aku pusing blakang and sengih kat abang blakang tu. Dia pun bagi la skupang yang dia korek dari poket sambil senyum bagi kat aku. Gila malu kot time tu. Aku tak sangka aku buat macam tu. Mintak sekupang dari orang tak kenal dengan cara sengeh simpati macam tu. Malu kot.

Aku tak penah kot buat macam ni. Abang tu ngan awek dia gelak je pastu dia siap cakap lagi 'esok bayar ye.' Tapi esoknya aku pi dia takdak pun. Halal je la ye abang ye. Mekasih ye abang sekupang sebab kalo abang takdak and bukan abang yang belakang saya time tu taktau la kalo sengih dapat ke tak sekupang dari orang belakang, tah-tah wat muka sombong je pe. mekasihh again.

Dalam kereta, 'Saya memang takdak duit syiling.' buka je purse, 'Eh, ada laa syiling, rasa dah guna abis dah haritu.' Pastu sengeh macam kerang busuk.

Ok, aku sedikit bengang time tu sebab dah tanya dah dia tadi ada dak sekupang, dia cakap takdak. Aku mati-mati ingat dia dah chek purse dia. Tapi dalam kereta baru dia nak bukak tengok. Takdak guna benda dah jadi dah pun.


formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/polkadonat

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/polkadonat

Si bibirmerah ...

Haritu saya ada buat sticky note pasal visitor yang ke 1000, tak tau la ada orang perasan ke tak kan tapi untuk tidak menidakadilkan bilangan klik tu jadi saya pun tak online untuk beberapa hari dan meluangkan masa bersama tersayang. Selalu la kan kami jumpa sehari je lepas tu berbulan-bulan tak jumpa pastu jumpa lagi, sehari gak then berbulan-bulan lagi ambil masa nak jumpa lagi. Sedih kan bercinta jarak jauh ni dah la jumpa sehari je plak tu. Tapi disebabkan cuti 4 bulan kali ni kami jumpa lama sikit. Sikit je la. 3 hari je sebab tu je yang kami mampu.

Ok, bukan nak cerita pasal tu ye sebab sekarang nak cerita pasal 1000's lucky visitor. And.. Saya dah dapat pemenangnya iaitu bibirmerah. Mana dapat tau? Sebab naik kat email, dia comment kt entry and terus terlintas dalam pikiran time tu nak bagi shawl sebab saya baru buat silk shawl. Sangat bertuah anda dapat shawl baru dari saya. Disebabkan exited nak tengok betul ke tak saya chek email yang lagi satu dan buat keputusan muktamad yang saya tak jadi nak bagi shawl tu sebab rasa tak sesuai la pula nak bagi shawl kat dia sebab dia laki. Terus chek blog and tengok len and yup, laki. Huhuu. Disebabkan itu, makanya.. Saya perlu berfikir benda yang kelakian untuk dibagi pada bibirmerah tersebut. Nasib baik tak laju-laju pi post. Hehee. Harap bersabar ye bibirmerah. ^_^

* nak spend time ngan tersayang luu. I have only two and a half days left.

Cuti-cuti buat kerja sendiri dan diamkan diri.


Setiap kali start kelas mesti orang akan cakap ‘sombong la anis ni. Cuti tak tegur orang langsung. Belagak.’ Ada aku kisah? Ye, aku kisah sebab hampa tak tanya dulu pedia aku buat time cuti. Kalo hampa tanya kan takdak la jadi salah faham. Ye tak. Mesti nak tau kan pe aku buat so kita takdak salah faham dah kan. Kankan. Time cuti panjang la aku nak menghabiskan masa dengan diri aku dan kerja-kerja yang aku suka buat yang aku tak sempat nak buat time aku buzy. Panjang penjelasannya ye. Bukan ja time cuti panjang, weekend pun sama ye. Amenda la yang ko nak buat sangat tuh sampai orang cop engkau sombong ngan belagak? Nak tau? Haa..

Tido sepuas hati sampai kena bleter tak reti-reti bangun.

 Tengok tivi pukul 3-4 pagi. Tu sebab bagi no.1

Main game. Game. Game. Dan game sebab opah aku tengok cita indon non stop sampai nak tengok cerita len pun terpaksa berat hati tuka kerana dia. Nape xtegas je kata nak tengok cerita ko tu. Ntah. Aku pun taktau. Sebab aku bek kot. Tu sebab untuk no.2

 Jadi dreba adik-adik pi skolah. Hujan ka tak hujan ka alasan hujan. So, kena hantar sebelum betul-betul hujan.

Jadi dreba mak cik tuk pi sana sini sebab dia fobia bawa keta dalam keadaan tertentu. Untuk mengelakkan keadaan tertentu berlaku, aku yang kena bawa kereta tu.

Surf tenet. Bila aku start bukak lappy, start online tak kira masa dan ketika, aku tak boleh berhenti. Seriously. Termasuk minggu exam. Tak caya tanya roomate. Betoii. Dan kadang-kadang kan.. Eh, dah malam. Laa. Cepatnya. Mau tak cepat dah engkau tu online tak sedar diri tak reti-reti nak berenti.

Apa yang ngko surf sampai tak sedar dah malam? Apa lagi, facebook laa 24jam. Kan semua orang layan fb sekarang. Ok tipu. Aku buka je tab fb tapi melencong kot len. Bukak youtube cari cemana nak edit gamba, video, blaja itu ini. Kekadang rasa macam nak tukar kos g IT daripada kos Environment. Haishh. Blogging pun best sebab banyak info and ilmu boleh dapat. Buka nuffnang dengan exitednya sebab hajat nak dapat chek. Tapi still RM2.50. Tengok movie online dan macam-macam lagi la bila surf nih.

Cukup la 7 sebab je. Cakap banyak pun bukan hampa larat baca. Tapi padat tau untuk sari suntuk. Tak tipuu. Ce try buat suma tu sari. ^_^

I dedicate this song to my ex. Trimass.



Sorry I make a mistake. I used betapa instead of bertapa. Forgot the 'r'. Maaf. Typo. ^_^

The correct lyric here ...

Cute baby trying to say frog...


This is sam ...


few month later ...


cute lol ...

Jitra - Alor Setar - Jitra


On the way back home from Alor Setar yesterday we saw many primary school student line up along the road sambil pegang bendera Malaysia lambai-lambai. Feel strange and wonder why kenapa budak-budak ni bejemur tengah panas, pakaian pun pelik. Ouh yes, baru I teringat yang Agung came to Kedah that day. And kami pun kalut-kalut lah looking for suitable places along the road tu nak park kereta and of courselah cari yang teduh-teduh ja maklum laa. Suhu sekarang kan panas. ^_^ Actually we're the first car yang berhenti and then about 5-10 minutes, dah berderet kereta berhenti juga. My sister said 'Look, kan dah cakap. Kalo kita berhenti, mesti ada orang berhenti juga. Orang pun teragak-agak macam awak laa. Nak berhenti ke tak.' Ok, kena sebijik. Umm. It's about an hour juga la tunggu Agung sampai.

While waiting for agung...

Belek-belek barang shopping

 Buzy buat nama using colourful benang. Rajin bebenor siap bawak gam uhu skali. Perghh.

Baca Tengok buku Ben10 baru beli. Fanatic to Ben10.


And tak sia-sia we've got a video to share with you. ^_^

The doa after prayer

Assalamualaikum



Anas Amsyar perform his doa after Isyaa prayer

Alhamdulillah

I'm proud of you Anas

I missed when I get home ...


I missed when I get home all the family there


I missed when I get home the weekends filled with family activities


I missed when I get home I will be joking with my siblings


I missed when I get home I'll be dining out with family


I miss when I get home I'll be on holiday with my family


I missed when I get home I'll be scolded by my parents


I missed when I get home I'm out shopping with my family


I missed the old family

~ I missed them ~

You should be thankful to be at home where there is a complete family


Terima kasih seorang anak terhadap ibu..


Assalamualaikum

Biar apa pun yang kita panggil ibu kita... Bacalah.. So touching... Terasa kekurangan masa untuk mereka.. MAMA, MAAF KAN KAMI.

KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"

APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MELUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA,KITA KATA, "?ITU BUKAN URUSAN IBU."

SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."

APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN? . "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH? ."

KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA,"? ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA , SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.

Wait until you see the last photo, it's unbelievable!!!

Holding The Sun 

Edge of the Hurricane 

Fire-Starter 

Amazing Cloud Formation 

You Light Up My World 

Not a Good Day For Surfing What was your first clue 


Tempat yang dosa untuk dilawati ...


-


-


-


-


-




Hehee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...