Pastikan duit cukup sebelum bayar parking jangan jadi macam saya.


Isnin haritu adik takdak kelas so janji dengan dia nak bawa jalan-jalan. Mula-mula pelan nak pergi Penang, tapi mama tak bagi so disebabkan dah janji, bawa juga la dia berjalan pegi aneka pun jadi laa janji kuar gak dari rumah. Hahaa. Sebenarnya takdak pe pun nak dibeli, tapi dah boring sangat terperap dalam rumah jadi baby-sitter so kuar gak laa.

Time nak balik nak bayar tiket tu aku risau takut tak cukup duit sebab aku nih mudah gelabah tambah-tambah lagi kalau orang beratur panjang kat belakang pastu potpet potpet pastu muka tak mesra alam. Mesin cakap RM1 je kena tapi time tu duit dalam purse ada RM20 je. See, RM20 je tu pasal tak shoping. Ingat nak jolok je sepuluh hinggit tu tapi kat mesin tu tuleh RM1 ngan RM5 je boleh terima. Syiling ada so buh duit syiling je laa.

Tau dak mesin tu demand. Kalo takmau terima duit buruk tu ok lagi sebab dah biasa dah mesin demand duit buruk tapi dia takmau terima 50sen bekilat lagi tu. Pelik. Dalam dua tiga kali juga la try, dia takmau gak, geram gila. Pastu aku dengar orang belakang cakap 'Haii, line dah panjang dah ni.' Ok dah semakin nervous time tu aku buh duit lain dulu kot-kot peh tu mesin tu mau terima 50sen, tapi dia takmau juga. Geram rasa macam nak sepak je mesin tu. Mintak duit kat adik, dia cakap takdak duit syiling langsung. Gila gelabah time tu sebab lagi sekupang je lagi tak cukup. Sekupang je lagi. Nak lari pi kat kereta pun bukan ada duit syiling dalam kereta sebab bila terhentak je bunyi bising so aku dah buang semua syiling yang ada dalam kereta. Ha sekarang padan muka.

Dah takdak cara lain dah ni. Takkan nak blah camtu je confirm la tak boleh kuar dari basement tu kalau tak bayar. Sekupang je lagi ni mana nak cari. Takkan nak naik atas balik and beli pape bagi ada balance sekupang. Oh tidak. Pastu dengar abang belakang aku cakap 'Hmm, rasa ada spuluh sen ni.' Aku memang dah taktau nak buat apa dah time tu pehtu dengan spontannya aku pusing blakang and sengih kat abang blakang tu. Dia pun bagi la skupang yang dia korek dari poket sambil senyum bagi kat aku. Gila malu kot time tu. Aku tak sangka aku buat macam tu. Mintak sekupang dari orang tak kenal dengan cara sengeh simpati macam tu. Malu kot.

Aku tak penah kot buat macam ni. Abang tu ngan awek dia gelak je pastu dia siap cakap lagi 'esok bayar ye.' Tapi esoknya aku pi dia takdak pun. Halal je la ye abang ye. Mekasih ye abang sekupang sebab kalo abang takdak and bukan abang yang belakang saya time tu taktau la kalo sengih dapat ke tak sekupang dari orang belakang, tah-tah wat muka sombong je pe. mekasihh again.

Dalam kereta, 'Saya memang takdak duit syiling.' buka je purse, 'Eh, ada laa syiling, rasa dah guna abis dah haritu.' Pastu sengeh macam kerang busuk.

Ok, aku sedikit bengang time tu sebab dah tanya dah dia tadi ada dak sekupang, dia cakap takdak. Aku mati-mati ingat dia dah chek purse dia. Tapi dalam kereta baru dia nak bukak tengok. Takdak guna benda dah jadi dah pun.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...