.abah.anak-anak.


Abah selalu marah abang aku sebab selalu pakai seluar pendek. Dia selalu cakap ‘Abah tak suka la tengok hang pakai seluaq pendek. Awat dah tak dak seluaq ka nak pakai’. ‘Abang hampa tu dah tak dak seluaq ka nak pakai, seluaq pendek memanjang’. Ayat tu la selalu kami adik-beradik dengar kalau abang aku balik rumah. Hehee. Taste abah and aku memang tak sama. Jauh beza sangat-sangat- Macam langit dan bumi. Nak tau kenapa??

Baca nih..

Aku : Suka la tengok laki pakai seluar tiga suku. Smart laa. Nak la bf ceni.
Abah : Abah tak suka tengok laki pakai seluar tiga suku. Nampak aurat.

Aku : Suka lelaki rambut panjang, cacak-cacak, xpun macam rambut artis korea ke. Macam trend sekarang suka buat. Perang-perang. Baru la ikut fesyen semasa.
Abah : Abah tak bekenan langsung lelaki rambut macam tu. Kale-kale. Ingat elok sangat ke duk tiru black metal, punk, ape kejadah semua tuh. Fesyen apa macam tu.

amik dari pak cik google


Aku : Kalau boleh jadi artis kan best. dapat bf artis. Boleh jadi femes. Seronok! Dresing pun terbaik lahh.
Abah : Benci abah tengok artis sekarang. Tahapa-hapa perangai. Tak senonoh pakaian macam apa lagi. Tiru artis barat. Tak dak akhlak. Yang lelaki bukan main boleh tutup semua. Yang perempuan tu. Tak pernah nak tutup semua. Ketat. Terbelah, dedah sana sini. Memanjang tak cukup kain. Tak dak duit kot nak beli.

Aku : Seronoknya tengok orang lain boleh keluar malam.. bebas je. Kan seronok kalau parents aku sporting macam parents depa yang lain.
Abah : Abah tak suka hampa keluaq malam! (tak dapat nak cita sebab apa,aku pun tak tau. Hehee)

Aku : Suka laki yang hensem, sporting, sosial, dresing style.
Abah : Hensem kalau tak dak akhlak buat apa. Dresing segala tapi tak dak duit Belagak je lebih. Menunjuk. Kerja la dulu kalau nak belagak sekali pun. Abah tak suka lelaki tak dak akhlak macam tu. Nak belagak kalau pakai duit sendiri tak pa, ni duit abah.

Aku : Teringinnya nak pakai henpon canggih-canggih macam orang lainn. Nak beli simkad celcom la. Senang nanti nak contect orang yang pakai celcom.
Abah : Abah pun tak pakai henpon mahai-mahai. Ampa nih belagak! Pakai henpon sampai dua tiga, kalah abah yang keja. Pakai satu ja henpon. Macam keja besaq, tak padan dengan student.

Macamtu la perangai anak abah yang sorang nih. Teruk kan? Teruk. Teruk. Sangat teruk. Time zaman jahiliah dulu, aku selalu berangan nak dapat bf yang sporting, hensem kaya, hebat, cool la apa suma. Tapi aku selalu dikecewakan ngan lelaki spesis tu. Lepas aku give up, aku tak nak dah laki macam tu and tak nak couple dah. Dah bertekad taw nak cari yang beragama, beriman, yang baik, yang boleh bimbing aku ke jalan yang lurus, tak mahu bengkang bengkok dah.

Punyalah bertekat tak mahu couple selagi tak sampai U or keja, last-last tersangkut juga. Tahun 2004 time tu aku form 5. Still dengan dia sampai la sekarang. Alhamdulillah hubungan kami diredhoi kedua-dua belah parents. Orang kata.. Allah tak redho kecuali redho ibu bapa. And hasilnya sekarang kami dah bertunang. Aminn. Kawen? Nanti dulu kott. Hehee.

Sebenarnya apa yang parents kita buat or tegah tu ada sebabnya. Dia nak anak dia baik-baik semua. Bahagia dunia and akhirat. Ada akhlak, agama. Bukan macam org zaman sekarang. Pandai-pandai la nilai sendiri orang zaman sekarang macam mana. Tak payah susah payah g cari merata ceruk, sekeliling kita pun dah buleh tunjukkan and bezakan mana baik and mana buruk.

f.y.i : tunang aku nih ada semua ciri-ciri dalam list yang abah bekenan. Sejuk hati dia aku dah pilih yang terbaik. ^_^

Kalau ada yang terasa or terkasar bahasa harap diampunakan. Ini cerita apa yang berlaku antara saya dan abah. Manusia tiada yang sempurna. Yang buruk dari saya, yang baik sentiasa dari Allah.

.SekiaN.

4 ulasan:

erniemusliana berkata...

dgr cakap ayah hang tuh. hahahaha. ok, tulisan da jelas. lalalala~

pOlkadOnut berkata...

hahaa. okehh. memang dah dengar pun.. ^_^

nmz-aaa berkata...

haha. post ni yg terbaik b pnh bca kt blog ayg. keep it up. :)

pOlkadOnut berkata...

hehe. tengkiu yunk! suka la tu orgpuji dia. wekk! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...