A memory to remember.

Happy CNY. "Cina raya, Melayu sibuk. Melayu raya, Melayu sibuk juga. Melayu nih pantang ada cuti, mesti nak bercuti." Ayat abah time on the way nak balik Kedah. Ok, ni bukan nak cerita pasal balik, tapi nak cerita pasal pergi. Ni la first time pergi bercuti macam-macam berlaku sepanjang bercuti. Percutian kali ni memang tak best. Mama pun cakap nanti nak pegi lagi. Bajet 3H2M. Tapi jadi 2H1M. SORRY MAM!

1st day
Pagi :
Jumaat - Bertolak lepas subuh kononnya sebab abah nak sembahyang Jumaat dekat sana. Tapi dekat pukul 7 baru bertolak. Biasalah, janji Melayu.Hehee. Oh ya, lupa nak bagi tau, badan aku gatal-gatal hari tu. Ingat memang tak mau ikut. Tapi takkan nak sia-siakan peluang ni kan. So, pegi lah dengan kegatalan tu. Bukan gatal gedik tu ok. Gatal kulit ye. Jangan salah faham lak. Hehee. Penah tak kena kelopak garam? Haa. yang tu lah buat aku jadi gatal tegaru-garu macam beruk. Ehh. Tau apa tu kelopak garam? Kelopak garam tuh macam kena nyamuk gigit tuu. Tapi banyak satu badan. Kalau lagi garu lagi la dia merebak satu badan. Tapi aku garu juga sebab gatal. Tah tahan wehh! Memang gatal sangat-sangat. Tak tau nak gambarkan macam mana. Adik aku selalu marah kalau aku garu. Dah gatal sangat. memang tak boleh tahan. Dia lain laa. Kebal. hehee. Kalau nak tau gatal macam mana, try la kena, nanti rasa la sendiri. Hehee.

Tengah Hari :
Sepanjang perjalanan aku tido je sebab nak elakkan pening disebabkan jalan yang bengkang bengkok tu and nak elak dari rasa gatal-gatal. Lepas sampai tu makin banyak naik, so abah pergi beli garam and aku bubuh kat tempat gatal tu sampai la petang. Penat kot nak bubuh tu tapi tak berapa rasa sebab tengok movie 'Aku No.1'. Best juga la movie tu. Hehee. Tompok-tompok pun makin berkurang sikit demi sedikit.

Malam :
Abah ajak makan luar sebab dekat rumah tu takda makanan dah la TV pun macam hampeh, kale kuning je semua sampai pakai kale merah pun jadi kuning dah tu ada TV1 je pulak tu.  Time makan-makan gatal tu makin menjadi-jadi. Tak selesa gila aku macam nak balik je. Shopping pun tak. Rasa tak sedap hati tiba-tiba menjelma. Dono why.. Balik je rumah, aku la orang pertama terhegeh-hegeh masuk dulu nak bukak semua pakaian. Upss. Bukan semua ye. Baju seluar je ok then pakai kain batik. Berkemban yaww. Ingat artis je ke boleh berkemban nih. I pon buleh. Hahaa. Sampai je kat rumah, tengok bilik semacam. Masuk je dalam bilik, aku rasa tak sedap hati. Tengok duit syiling berterabur atas sejadah, rasa tadi tak ada duit pun dekat situ. Atas katil ada beg camera, tadi rasa ada kt sofa depan. Then adik aku masuk, 'Kakngah, kakngah perosek beg ke?' 'Eh tak la' aku jawab. 'Kakngah betul ke nih? saya simpan hp dalam nih'. Lagi la aku xsedap hati. Rupanya pencuri masuk rumah kami. Padahal adik aku dah kunci semua pintu, tingkap. Dia masuk ikut tingkap rasanya sebab tingkap terbuka. Chek punyalah chek, hp adik aku kena kebas dua-dua, rantai emas Padang Besar mari pon kena kebas. Nasib baik la barang-barang lain kami bawa. Abah talifon tuan rumah and tau apa dia cakap. 'Dua hari lepas memang ada kes curi dekat sini'. Ok thanks baru nak bagi tau sekarang. Kenapa tak bagi tau time kami dah balik Kedah. Dia panggil kawan-kawan dia cari sama tapi tak jumpa maybe pencuri dah lari sebab dekat sejam kami tinggalkan rumah tu. Ok tak jumpa. Kami redho je. Adik aku tak payah cakap. Bengang ar dia. Tapi nak buat macam mana, benda nak jadi. Tak boleh buat apa. Nasib baik la barang yang dia cui tu semua tak bernilai sangat. Hp nokia yang dak rosak gila punya rosak, hp Lg yang lekeh kalo trade pon rasa tak ada nilai dah kot. Aku beli taun 2009 harga rm100. Ada orang mau lagi ka hp tuh. Gelang emas Padang Besar. Cantikkk. Tengok sekali ada la dalam 3K. Tapi bukan emas betul. Bape belas ringgit je pon mak aku beli. Kesian kau pencuri. Itu la. Mencuri lagi. Semua yang kau curi tuh tak bernilai dah oii. Tak dapat duti, dosa yang kau dapat. U deserve it lol!

2nd day bersambung lainkali.. Tak larat nak menaip. Nak pegi makan ubat and tido. Besok kena drive awal pegi kuliah. papaiii.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...